Ahad, 5 Julai 2009
FRIENDLY MATCH .... vs PUTRA KAJANG FC
Walau macamana pun aku rasa korang dah ada improvement sikit. Sebenarnya dah dua friendly match dengan Putra Kajang FC ni dimana kedua-duanya bungkus. ( 7 - 6 & 10 - 7).
Dalam pertemuan pertama aku main... manakala yang kedua aku direhatkan akibat cedera lutut. Lutut aku ni mungkin makan masa sebulan dua baru sembuh kut.
Jadi sepanjang masa itu nanti aku jadi tukang pekik aje lah. tolong betulkan corak permainan kita.
Mungkin elok sebelum main, kita buat sedikit latihan macam system dan taktik atau sebagainya supaya permainan kita boleh improve. Sambil2 tu boleh kita buat sesi skill improvement.
Sebenarnya ada gambar ramai2 dengan Putra Kajang FC. Tapi sampai la ni Dino tak email kat aku lagi.. Dino! mana gambar hari tu.??
Tunggukan gambar dan rakaman video semasa friendly match dengan Putra Kajang FC dalam posting yang akan datang...
Wassalam..
PENGALAMAN PERTAMA... BUKAN MALAM PERTAMA WAKAKA...!!
Kali pertama masuk pertandingan memanglah banyak kekurangannya. Macam pengantin baru jugak.... mula2 turun gelanggang.. ngelabah dah tentu. Keta' kata orang utara.
Bila dah ngelabah... dah tentu ler tak tau nak buat apa dalam gelanggang tu.
Kadang2 aku tengok ada yang tak tau situasi masa tu tengah menyerang ke atau bertahan.
Main balun jer..
Tak per lah, korang dah rasa macamana masuk tournamentkan? Dah rasa camana bila dapat score kan? Aku ucap tahniah sebab korang dapat juga satu2nya jaringan dalam tournament tu.
Next tournament kalo ada insyaAllah kita akan cuba buat persediaan yang lebih mantop lagi.
Jumaat, 12 Jun 2009
FUTSAL TOURNAMENT....... ESOK! JANGAN LUPA
Jadi apa yang aku nak peringatkan kat korang yang telah mengikat kontrak dengan BlackOrange Crow khusus untuk Futsal Open nih.. beberapa perkara penting untuk korang menyiapkan diri sebelum turun ke pitch.
- Malam ni aku mintak tolong korang tidur awal skit. Musim bola pun dah abihkan. Dino... kalo ko tak main badminton malam ni pun tak pe. Tidor awal... simpan tenaga untuk esok.
- Bangun awal... sebelum subuh ler. Yang afhdal pi sembahyang subuh jemaah kat masjid. Lepas tu boleh sarapan sikit. Kalo sarapan awal, sempat makanan nak hadam. Boleh bagi tenaga skit.
- Yang ni paling penting... kena berada di Aktif Futsal sebelum pukul 8 pagi. Maknanya pukul 8 korang dah terpacak kat situ.
- Peralatan kena cukup. Check kasut, stokin, pad dan sebagainya. Pastikan semuanya lengkap. Kalu ada stokin tak basuh tuh... basuh sekarang.!! Kalo kasut dah terkoyak.. pegi beli sekarang!! Esok tak de alasan itu takde ini takde.
Sebelum korang bertarung dalam kejohanan ni ada lebih baik korang baca dulu dia punya regulations atau undang2 permainan seperti dibawah nih.. Kalo nak baca yang FIFA punya sila klik pada UNDANG UNDANG FUTSAL yang dah aku letakkan disebelah kanan page ni. Ada dua version (dalam format pdf) ..... yang asal dan yang latest amendment punya.
Selamat membaca...
Jumaat, 5 Jun 2009
TACTICS KICK-OFF MENGEJUT MENGGEMPUR LAWAN
Selasa nanti aku harap korang boleh mempraktikkan beberapa gerakan dan formasi yang akan aku nyatakan sebentar lagi.
Ketika perlawanan start.. masa kick-off, kita sebenarnya punya peluang untuk mengejutkan lawan dengan gerakan yang mengelirukan dan boleh menghasilkan gol pantas. Macamana nak buat, nanti aku bagi tau....
Itu kalau kita yang memulakan kick-off. Tapi kalu pihak lawan yang mulakan... kita pun punya kemungkinan untuk dapat bolos pantas.
Jadi... golie kena aware lawan punya initial movement. Dua orang depan golie kena block line dari kick-off point ke penjuru kiri dan kanan gawang gol. seorang sebelah kiri dan sorang lagi sebelah kanan. dalam masa yang sama jangan halang pandangan golie dan perhatikan dua orang pemain lawan yang memulakan sepak dalam centre circle. Mereka mungkin membuat hantaran mengejut...Dua orang lagi kena marking wing lawan yang dua ekor lagi tuh... Jangan bagi diorang ruang untuk dapat bola atau menciluk ke depan. Ikut kemana saja diorang pergi.
Haa... itu untuk Kick-off.
Untuk bertahan kita kena guna system man to man marking. Jangan stick pada posisi masing2 sahaja. Cara nak marking... ari tu aku dah cakap.. biar lawan di depan kita atau pada posisi yang kita boleh nampak pergerakannya. Jangan tinggalkan dia di belakang.
Ingat!!
1. Walau macamana situasi pun, bertahan atau menyerang.... last back mesti ada di tempatnya. Tak kira siapa...mulut dan otak kena function.! Baca permainan lawan...
2. Kalu lawan dah berada di halfway line jangan sekali2 bagi peluang dia nak rembat. Pitch kat sini saiz kecik. ingat tuh....
Aku suka tekankan pasal bertahan dulu sebab yang ni banyak orang tak berminat.. tak glamour dan tak ramai yang nak appreciate kalo kita bagus bertahan... kan? Kalo bolos semua orang kutuk....lain pulak kalo kita boleh score.... semua orang puji. Kita try... kalo tak masuk pun orang tak marah sangat... kan?
Bro.... bertahan adalah situasi yang paling penting dalam permainan macam futsal ni. Sebab pertahanan yang tak mantop ler yang banyak buat ramai pemain dan penyokong frust sebenarnya.
OK.. aku ada sikit tips untuk korang praktikkan kalo boleh, macamana nak mengejutkan lawan jika korang yang mulakan kick-off. Beberapa gerakan seperti di bawah ni korang cuba buat...
Lepas tu korang kembangkan idea dan praktikkan...
Selasa, 26 Mei 2009
SEMANGAT TOK MEGAT
Berapa harga ko beli Megat??
Kalau jadi Juara Tournament nanti aku rasa sebab kasut ko ni ler.
Kalo korang tak percaya.... tengok ler nih..
Dia kata korang tak main passing...
lain kali kena passing kat dia. Walaupun dia team gagak oren, untuk tournament nanti jangan ler diskriminasi... kesian dia. Kasut baru khas untuk tournament tuh.
Rizal nak jelaskan bahawa jangan harap kasut jer.... main pun kena hebat gak.
Katanya lagi.....kita dengar je ler....
TRAINING SESSION.... YO YO
Apa sebenarnya masalah skuad BlackOrange malam ni.. ???
Aku nak komen ringkas jer... mata dah ngantuk nih.
1. Passing agak kurang hati2. Selalu dapat dipintas lawan.
2. Lambat bertindak... terutama apabila pada situasi genting.
3. Marking ada... tapi tak begitu mantop. Posisi lawan di belakang.. kita tak nampak movement dia.
Komen berikutnya akan menyusul..........
KEPUTUSAN PERLAWANAN LATIHAN MALAM NI...
GAGAK HIJAU (skuad BlackOrange) 3 , GAGAK OREN (skuad simpanan) 7
Macamana boleh jadi cam nih...
Minggu depan kena perbaiki lagi bro.....
Apa pun seperti biasa, setiap perlawanan pasti ada komen2 dari kedua2 team.
Saksikan......
Apa pulak ulasan peminat setia Gagak Hitam... (korang kena ucap tahniah kat diorang ni. Kalau ditakdirkan korang menang dalam tournament nanti... tak lain tak bukan disebabkan diorang ni ler yang banyak berkorban, begitu setia memberikan sokongan yang tak berbelah bagi)....
Saksikan...