Selasa, 26 Mei 2009

SEMANGAT TOK MEGAT

Wah bukan main semangat Megat dengan kasut Adidas barunya. Fu yo... silau mata beb.
Berapa harga ko beli Megat??
Kalau jadi Juara Tournament nanti aku rasa sebab kasut ko ni ler.

Kalo korang tak percaya.... tengok ler nih..

Dia kata korang tak main passing...

lain kali kena passing kat dia. Walaupun dia team gagak oren, untuk tournament nanti jangan ler diskriminasi... kesian dia. Kasut baru khas untuk tournament tuh.

Rizal nak jelaskan bahawa jangan harap kasut jer.... main pun kena hebat gak.

Katanya lagi.....kita dengar je ler....

TRAINING SESSION.... YO YO

Sesi training malam ni menyerlahkan kepincangan BlackOrange. Ada beberapa aspek permainan yang perlu diperbaiki, terutamanya dari segi persefahaman. Walaupun ada yang kata Megat tidak dapat menyesuaikan diri dengan gagak hijau.. tapi aku rasa tak begitu kerana beliau pernah digandingkan dengan mereka sebelum ini dan gandingannya agak mantop.

Apa sebenarnya masalah skuad BlackOrange malam ni.. ???

Aku nak komen ringkas jer... mata dah ngantuk nih.
1. Passing agak kurang hati2. Selalu dapat dipintas lawan.
2. Lambat bertindak... terutama apabila pada situasi genting.
3. Marking ada... tapi tak begitu mantop. Posisi lawan di belakang.. kita tak nampak movement dia.

Komen berikutnya akan menyusul..........

KEPUTUSAN PERLAWANAN LATIHAN MALAM NI...

GAGAK HIJAU (skuad BlackOrange) 3 , GAGAK OREN (skuad simpanan) 7

Macamana boleh jadi cam nih...
Minggu depan kena perbaiki lagi bro.....

Apa pun seperti biasa, setiap perlawanan pasti ada komen2 dari kedua2 team.
Saksikan......




Apa pulak ulasan peminat setia Gagak Hitam... (korang kena ucap tahniah kat diorang ni. Kalau ditakdirkan korang menang dalam tournament nanti... tak lain tak bukan disebabkan diorang ni ler yang banyak berkorban, begitu setia memberikan sokongan yang tak berbelah bagi)....

Saksikan...


Sabtu, 23 Mei 2009

FUTSAL TOURNAMENT @ AKTIF FUTSAL

Gagak Hitam dan Gagak Oren telah bergabung bagi membentuk pasukan paling mantop di abad ini dengan menggunakan nama 'BLACKORANGE CROW'.


Pasukan ini akan berentap dengan 31 pasukan lain dalam Futsal Tournament yang dianjurkan oleh Aktif Futsal Bangi ( Port kite ler..), pada 14 June 2007.

Lihat iklan berikut....





Beberapa pemain telah terpilih untuk mewakili pasukan kita. Lihat senarai dalam borang nih..



Kepada pemain kita... diharapkan boleh memberikan persembahan terhebat demi nama baik team kita. Yang tak terpilih pulak amat2 diharapkan supaya dapat memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi. Yang penting sekali pada hari pertandingan semua penyokong turun memberikan sokongan. Kalo nak bawak family... jangan lupa bawak air dan makanan. Boleh buat picnic... aku pun dah lama tak picnic dgn family.


Jangan lupa 14 June 2009 di Aktif Futsal Bangi, 8:30 pagi. Datang awal sebelum 8 pagi... boleh cup port yang bagus skit.


JUMPA DI SANA...!!!

Selasa, 19 Mei 2009

KEPUTUSANNYA...... HITAM 11 - OREN 7

Gagak Oren bermula agak baik dengan mendahului 6 - 1. Namun hampeh, lepas tu depa lupa diri pulak. Main macam budak 16 tahun... tak sedar diri tu dah hampir setengah dekad.
Laju tak ingat.. lepas tu tercungap2, terjelir2 lidah. Mampos main macam ni...
Aku kena pulak main dengan team Gagak Oren. Yelah diorang tak cukup ahli malam ni. Sebagai star aku boleh masuk mana2 team (sorry, angkat diri skit). Aku suruh depa slowkan tempo. Tapi memang tak makan saman.... same jer depa mencanak2 bawak bola. Pas tu entah kemana2 bola tu pergi.
Akhirnya.... keputusan macam dalam tajuk kat atas ler.

Secara ringkasnya aku nak komen cara Gagak Oren main...
1. Taktikal memang Gagak Oren fail. Tapi aku tak salahkan depa sebab depa tak masuk kelas taktikal. Gagak oren boleh menyerang tapi bila bertahan... hancur. Nak marking tak reti. Stoper tak function.
2. Ball possession tak berapa sempurna. Passing kurang hati2. Tak tengok betul2 kawan yang nak dipassing bola tu dah kena mark atau tidak. Dan yang dah kena mark tak tahu pulak nak menjarakkan diri dari lawan supaya bola yang dihantar kepadanya tak mudah dicuri oleh lawan.
3. Position tak jaga. Semua nak naik atas jadi top scorer. Aku berbuih mulut suruh seorang duduk bawah (center back atau pun last man ). Tapi tak makan saman gak... Bola terlepas kat tengah... dua ekor Gagak Hitam bersenang lenang bawak bola depan gol, tinggal golie terkangkang sorang.

Itulah sebahagian dari komen aku. Ada lagi.... nantilah dalam posting akan datang aku tambah lagi.
APA yang aku nak sarankan kat hangpa semua ialah bila kita main bola kita kena ada ciri2 berikut :-

1. Komitmen : maknanya Kena rajin dan berusaha supaya kita jer yang dapat main bola, jangan bagi lawan sentuh sikit pun bola tuh. Jangan duduk setempat menanti orang bagi bola. Pergi gerak ke posisi yang kosong dan mudah kawan nak pass bola.
2. Konsisten : maknanya Jangan main ikut mood.
3. Respek : maknanya Kena percaya kat kawan. Kalau posisi kawan lebih baik... pass jer bola kat dia. Kalau yang menanti bola dari kita tu kita tak dapat pass, angkat tangan kat dia tanda sorry. Jangan maki hamun kawan kalau diorang tersilap. Ko pun bukan bagus sngat, nanti orang hamun balik kat ko. Apa ko dapat....... sakit hati jer.
4. Smart : maknanya Jangan kemaruk sangat nak sumbat gol. Jangan gelojoh nak jadi top scorer. Depan gol kena cool bro. Ball possession pun jangan pass merapu, tengok posisi kawan2. Guna mata tengok, jangan guna lutut. Kalo nak kedepan banyak halangan jangan digagahkan juga ke depan. Kalo ko hebat sangat mengelecek pun... disepak dek orang apa ko dapat. Itu BANGANG namanya bro.
5. Teammate : maknanya kita tolong menolong bro. Jangan menyusahkan kawan dalam gelanggang. Sama2 cover mana2 posisi yang kurang mantop. Masa bertahanlah ciri ni amat perlu. Kalo kawan dah kena keliling dengan lawan, ko kena pergi bantu dia, pergi ke posisi yang mudah untuk dia pass bola. Main sama2 jangan tahu nak bawak sorang... kawan2 lain pun bayor duit gelanggang jugak.

Pendek kata banyak lagi yang boleh aku sarankan tapi ini cukup untuk pemain bertaraf amatur macam korang. Pemain popesyenal lagi banyak... itu siap dengan mental strength lagi.

Sebagai mengakhiri posting aku kali ni korang tengoklah komen2 mereka2 yang puas dan yang frust dibawah ni.
Mata aku pun dah layu. dah pukul 2 pagi rupanya. Jangan ler korang lupa pulak nak ulas posting aku ni. Penat2 aku karang...... tak de orang nak komen. Takkan 4 ketul je yang jadi pengikut.... yang lain mana..???


ada lagi...... nantikan dalam posting aku akan datang

Chowwwww...

APA KATA KAPTEN GAGAK OREN PLAK SEBELUM SEPAK MULA

Dengor apa yang Gagak Oren hajatkan.....

Ye ke Megat..... BUKTIKAN

GAME MINGGU NI (19-5-09) .... SAPE PULAK YANG MENANG

Kita ikuti apa harapan masing2 pada minggu ni. Apakah persaingan sengit bakal berlaku?

Nantikan keputusannya.



Tapi sebelum itu mari kita tengok sape dia kawan kita yang dah lama tak muncul ni..

Ni dia....




Tun rupanya......

So, Tun joint team mana? Gagak Hitam ke Oren..??

Gagak Hitam laaa......

Ok, sekarang kita ikuti apa kata kapten masing2 sebelum sepak mula.

Gagak Hitam..


Gagak Oren.....

ikuti dalam posting yang seterusnya selepas ini...

THE BEST OF GAGAK HITAM TEAM


Inilah barisan Gagak Hitam yang berjaya memunah-ranahkan sisa2 perjuangan Gagak Oren.

Dari kiri ... Ejump, MeeGee, Dino, Botak dan kanan sekali.. aku ler.

Bongkak jer rupa diorang kan?? Memang diorang berhak untuk bongkak apa..

Korang...Gagak Oren nampak macam sampai bila2 pun tak merasa nak bongkak.

Sebabnya.... asyik nak bertengkaq dalam gelanggang. Mampuih pi la hang pa...

Khamis, 14 Mei 2009

MAKA CAPTAIN GAGAK HITAM PUN BERKATA...



Amacam... Gagak Oren tak nak buat ucapan balas ker..??

Menang Tersengeh, Kalah Monyok

Dah jadi adat permainan, yang menang seronok tak terkata. Menyeringai mulut sampai ke telinga. Macam kawan kita nih.....



Dan yang kalah pun banyak ler dia punya alasan.. nak senyum memang tak boleh...paksa2 jugak senyum.. tu yang nampak payau jer.. macam kawan kita yang nih...




Tapi yang paling aku kesian.... kawan kita yang sorang nih... dah ler kalah, lutut pulak terkoyak.. rabak. huk huk huk...... aduh duh duh


Selasa, 12 Mei 2009

GAGAK HITAM MENANG LAGI....

Seperti dijangka, Gagak Hitam menang lagi. Kali ni bukan saja menambah koleksi kemenangan tapi melebarkan jumlah jaringan. 15 sumbatan berbalas 7...
kah kah kah hak ha ha ha....

Apa dah jadi Gagak Oren.... entah ler aku pun tak tau apa yang tak kenanya dengan korang punya team. Hanya korang saja yang tahu.

So confirm le Gagak Hitam memang JANTAN... abis tu Gagak Oren tu apa??
Korang jawab ler sendiri...

Nantikan gambor2 menarik dalam posting akan datang yang akan menyusul...

Isnin, 11 Mei 2009

Team Gagak Hitam... Gaya dah OK tapi.....



Inilah Gagak Hitam Dreams Team...

Tengok gaya dah OK dah.. performance tak tau lagi. Malam esok buktikan mike2 suma memang jantan ke tidak.
Dino.. boleh ko senaraikan nama diorang tak. ada yang aku tak ingat la. Sorry le bro yang namanya aku tak ingat.


Kasut ni sape punya plak..... korang tau tak sape punya.

Gambor ni posted by Dno

Ahad, 10 Mei 2009

KALO ADA MESEJ TAK BOLEH ACCESS..... REFRESH AJE (TEKAN F5)

Kalo korang click kat ulasan... tiba2 keluar mesej cam nih..
korang click OK je....




pastu akan keluar plak dalam internet browser cam nih..



Tekan F5 jer....
Pastu dapat ler balik masuk ke halaman sebelumnya.

Sabtu, 9 Mei 2009

Blog Gagak Hitam dilancarkan

Gagak Hitam dan terbang...
Maka pada hari ini... 9 May 2009

Blog Gagak Hitam telah sempurna dilancarkan.

Gagak Hitam adalah team futsal terhebat.

Sape nak jadi pemain futsal yang hebat... mai join kitorang jadi pengikut blog nih....