Jumaat, 12 Jun 2009

FUTSAL TOURNAMENT....... ESOK! JANGAN LUPA

Esok.... InsyaAllah akan berlangsunglah Kejohanan Futsal anjuran Aktif Futsal Bangi yang menawarkan hadiah.... errr...aku pun tak sure apa hadiahnya. Kena tanya Dino ler beb..

Jadi apa yang aku nak peringatkan kat korang yang telah mengikat kontrak dengan BlackOrange Crow khusus untuk Futsal Open nih.. beberapa perkara penting untuk korang menyiapkan diri sebelum turun ke pitch.


  1. Malam ni aku mintak tolong korang tidur awal skit. Musim bola pun dah abihkan. Dino... kalo ko tak main badminton malam ni pun tak pe. Tidor awal... simpan tenaga untuk esok.

  2. Bangun awal... sebelum subuh ler. Yang afhdal pi sembahyang subuh jemaah kat masjid. Lepas tu boleh sarapan sikit. Kalo sarapan awal, sempat makanan nak hadam. Boleh bagi tenaga skit.

  3. Yang ni paling penting... kena berada di Aktif Futsal sebelum pukul 8 pagi. Maknanya pukul 8 korang dah terpacak kat situ.

  4. Peralatan kena cukup. Check kasut, stokin, pad dan sebagainya. Pastikan semuanya lengkap. Kalu ada stokin tak basuh tuh... basuh sekarang.!! Kalo kasut dah terkoyak.. pegi beli sekarang!! Esok tak de alasan itu takde ini takde.

Sebelum korang bertarung dalam kejohanan ni ada lebih baik korang baca dulu dia punya regulations atau undang2 permainan seperti dibawah nih.. Kalo nak baca yang FIFA punya sila klik pada UNDANG UNDANG FUTSAL yang dah aku letakkan disebelah kanan page ni. Ada dua version (dalam format pdf) ..... yang asal dan yang latest amendment punya.


Selamat membaca...



Jumaat, 5 Jun 2009

TACTICS KICK-OFF MENGEJUT MENGGEMPUR LAWAN

Sorry ler bro semua...... Minggu lepas aku tak sempat nak update blog ni sebab sibuk sikit. Selasa ni untuk makluman korang semua, aku tak dapat turun sebab InsyaAllah aku balik kg. Tapi pada hari pertandingan nanti aku pasti akan datang.. Jadi sebelum korang bertempur dalam pertandingan tu nanti aku nak bagi sikit tips.


Selasa nanti aku harap korang boleh mempraktikkan beberapa gerakan dan formasi yang akan aku nyatakan sebentar lagi.


Ketika perlawanan start.. masa kick-off, kita sebenarnya punya peluang untuk mengejutkan lawan dengan gerakan yang mengelirukan dan boleh menghasilkan gol pantas. Macamana nak buat, nanti aku bagi tau....

Itu kalau kita yang memulakan kick-off. Tapi kalu pihak lawan yang mulakan... kita pun punya kemungkinan untuk dapat bolos pantas.

Jadi... golie kena aware lawan punya initial movement. Dua orang depan golie kena block line dari kick-off point ke penjuru kiri dan kanan gawang gol. seorang sebelah kiri dan sorang lagi sebelah kanan. dalam masa yang sama jangan halang pandangan golie dan perhatikan dua orang pemain lawan yang memulakan sepak dalam centre circle. Mereka mungkin membuat hantaran mengejut...

Dua orang lagi kena marking wing lawan yang dua ekor lagi tuh... Jangan bagi diorang ruang untuk dapat bola atau menciluk ke depan. Ikut kemana saja diorang pergi.

Haa... itu untuk Kick-off.


Untuk bertahan kita kena guna system man to man marking. Jangan stick pada posisi masing2 sahaja. Cara nak marking... ari tu aku dah cakap.. biar lawan di depan kita atau pada posisi yang kita boleh nampak pergerakannya. Jangan tinggalkan dia di belakang.


Ingat!!
1. Walau macamana situasi pun, bertahan atau menyerang.... last back mesti ada di tempatnya. Tak kira siapa...mulut dan otak kena function.! Baca permainan lawan...

2. Kalu lawan dah berada di halfway line jangan sekali2 bagi peluang dia nak rembat. Pitch kat sini saiz kecik. ingat tuh....


Aku suka tekankan pasal bertahan dulu sebab yang ni banyak orang tak berminat.. tak glamour dan tak ramai yang nak appreciate kalo kita bagus bertahan... kan? Kalo bolos semua orang kutuk....lain pulak kalo kita boleh score.... semua orang puji. Kita try... kalo tak masuk pun orang tak marah sangat... kan?

Bro.... bertahan adalah situasi yang paling penting dalam permainan macam futsal ni. Sebab pertahanan yang tak mantop ler yang banyak buat ramai pemain dan penyokong frust sebenarnya.


OK.. aku ada sikit tips untuk korang praktikkan kalo boleh, macamana nak mengejutkan lawan jika korang yang mulakan kick-off. Beberapa gerakan seperti di bawah ni korang cuba buat...

Lepas tu korang kembangkan idea dan praktikkan...












Banyak lagi taktik atau formasi yang boleh direka sendiri mengikut kemampuan masing2.
Caranya.... USE YOUR HEAD..
Kalau korang rajin... sila layari kat SINI untuk lihat video macamana otai2 futsal dunia main..
OK.... Akhir kalam...
'SELAMAT BERJAYA'