Jumaat, 12 Jun 2009

FUTSAL TOURNAMENT....... ESOK! JANGAN LUPA

Esok.... InsyaAllah akan berlangsunglah Kejohanan Futsal anjuran Aktif Futsal Bangi yang menawarkan hadiah.... errr...aku pun tak sure apa hadiahnya. Kena tanya Dino ler beb..

Jadi apa yang aku nak peringatkan kat korang yang telah mengikat kontrak dengan BlackOrange Crow khusus untuk Futsal Open nih.. beberapa perkara penting untuk korang menyiapkan diri sebelum turun ke pitch.


  1. Malam ni aku mintak tolong korang tidur awal skit. Musim bola pun dah abihkan. Dino... kalo ko tak main badminton malam ni pun tak pe. Tidor awal... simpan tenaga untuk esok.

  2. Bangun awal... sebelum subuh ler. Yang afhdal pi sembahyang subuh jemaah kat masjid. Lepas tu boleh sarapan sikit. Kalo sarapan awal, sempat makanan nak hadam. Boleh bagi tenaga skit.

  3. Yang ni paling penting... kena berada di Aktif Futsal sebelum pukul 8 pagi. Maknanya pukul 8 korang dah terpacak kat situ.

  4. Peralatan kena cukup. Check kasut, stokin, pad dan sebagainya. Pastikan semuanya lengkap. Kalu ada stokin tak basuh tuh... basuh sekarang.!! Kalo kasut dah terkoyak.. pegi beli sekarang!! Esok tak de alasan itu takde ini takde.

Sebelum korang bertarung dalam kejohanan ni ada lebih baik korang baca dulu dia punya regulations atau undang2 permainan seperti dibawah nih.. Kalo nak baca yang FIFA punya sila klik pada UNDANG UNDANG FUTSAL yang dah aku letakkan disebelah kanan page ni. Ada dua version (dalam format pdf) ..... yang asal dan yang latest amendment punya.


Selamat membaca...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan